Thursday 9 January 2014

6 June 2014
_____________________________________________________________________________________

Tajuk : Telekung Lycra Lace Berwarna- warni

Telekung berwarna-warni merupakan trend terkini. Antaranya adalah Telekung Lycra Lace dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.
Kenapa Telekung Lyca Lace:-

1. Kain tidak jarang
2. Tidak mengerbang
3. Kainnya berat
4. Material sejuk
5. Tidak perlu memakai anak tudung
6. Kemas dan selesa
7. Lace yang cantik 

Jika berminat, boleh hubungi:-

~ Whatsapp / sms : 019 5730607

 



Saturday 23 November 2013

Dalam Hati Ada Taman

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bak kata pepatah, sekeras-keras hati wanita mesti ada kelembutannya. Atas desakan dan cabaran dari pekerja bawahan, saya memberanikan diri untuk menghadiri temuduga 70 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) - Pengendalian Elektrik. RAJD merupakan askar sokongan kepada askar tentera darat jika berlaku darurat kepada negara Malaysia yang tercinta. Nauzubillah. Oleh itu, RAJD 70 akan bertanggungjawab untuk pengendalian elektrik semasa keadaan darurat. Terdapat tiga RAJD sokongan lain yang terdiri dari RAJD 40 (Pakar KTMB), RAJD 50 (Pakar Pelabuhan) dan RAJD 60 (Pakar Air).

Keputusannya saya terpilih untuk memegang jawatan Lefternan. Setelah direkrut, sahlah jawatan Lefternan yang diamanahkan disamping tugas hakiki disebuah syarikat pembekalan elektrik. Setiap tahun akan diadakan Kem Tahunan di markas askar yang terpilih selama 3 minggu disamping mesyuarat RAJD. Pegawai dan askar lain-lain pangkat akan didedahkan dengan ilmu ketenteraan seperti menembak menggunakan senapang M16, berkawat, pandu arah didalam hutan, menjaga platun dan lain lain. Pengalaman baru yang ditimba amatlah dihargai dan dapat membentuk disiplin diri, bekerjasama di samping menerima dua gaji dalam bulan tersebut. Ini berlanjutan tahun demi tahun sehinggalah saya mempunyai keluarga dan ibu kepada dua khalifah kecil yang comel. Ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi terutamanya semasa kem tahunan diadakan kerana saya sepenuhnya mengamalkan penyususuan susu ibu kepada anak kecil saya secara esklusif.

Akhirnya setelah berbincang dengan suami, saya melepaskan jawatan sebagai Lefternan RAJD 70. Walaupun agak berat ketika itu, tetapi ada hikmah disebaliknya. Sebagai isteri, patuh dan menghormati suami adalah lebih penting untuk mencari keredhaan ilahi. Pangkat suami adalah melebihi pangkat tertinggi di dalam askar iaitu Brigidial Jeneral. Sehingga sekarang, saya ialah Lefternan (Bersara) RAJD 70-, ibu kepada tiga khalifah kecil dan pekerja kepada majikan.Terima kasih dan bersyukur diatas segala pengalaman yang ditimba.
Wallahuaklam.